Friday, 8 November 2013

Zara Fast Fashion



Rahsia Kejayaan Usaha Berjaya


Malam ni saya ingin kongsikan sedikit sebanyak rahsia mengenai kejayaan seorang usahawan yang berjaya. Antaranya adalah :


• Bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itu mungkin ada permata berharga.
• Sediakan strategi dan perancangan dalam perniagaan anda.
• Buat perancangan anda dan mestilah komited dengan perancangan yang dibuat.
• Jangan abaikan pelanggan. Setiap permohonan bantuan daripada mereka walaupun siapa perlulah dipenuhi.
• Anggap perniagaan ini sebagai peperangan. Anda tidak boleh tewas/gagal. Jika tewas/gagal, berakhirlah riwayat hidup anda. Dengan ini anda akan bermati-matian mempertahankan perniagaan yang ada.
• Luangkan sedikit masa anda untuk memikirkan idea kreatif yang dapat menjayakan perniagaan anda.
• Sentiasalah merendah diri walaupun anda telah berjaya. Sikap ini akan menyebabkan sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan anda.
• Sentiasa berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana mengejar kepuasan, bukannya wang. Jika anda puas, wang akan datang bergolek.
• Mesti sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, anda buat. Jika orang lain tidak buat, anda buat, anda akan berjaya.
• Mesti sanggup belajar dan diajar oleh sesiapa sahaja meskipun daripada orang bawahan anda sendiri.
• Walaupun anda sudah berjaya, anggapkan sahaja anda belum berjaya. Dengan ini, anda akan sentiasa berusaha.
• Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun anda telah berjaya.
• Beri motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri anda sendiri apabila anda berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur seketika untuk merehatkan otak kita.
• Sekali anda melakukan perniagaan ini, anda mesti melakukannya setiap hari. Jangan dibiarkan ada hari anda tidak melakukannya kerana dikhuatiri semangat anda akan luntur.
• Jangan berprasangka buruk kepada orang lain. Yang zahir tidak semestinya mencerminkan yang batin.
• Cakap mesti serupa bikin.
• Sentiasa riang kerana keriangan akan meredakan ketegangan.
• Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah.
• Jangan anggap perniagaan ini sebagai cuba-cuba atau main-main sahaja. Anggapkan perniagaan ini sebagai penentu hidup dan mati anda.
• Berikan kail kepada yang memerlukannya, jangan berikan ikan. Biasanya, apabila anda sudah berjaya, banyaklah orang yang mendekati anda semata-mata kerana wang. Jangan berikan wang kepada mereka, berilah peluang kepada mereka.
• Sentiasa mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan jualan langsung sama ada daripada pergaulan, bahan bacaan, atau daripada teknologi maklumat.

Sumber:

10 Faktor Perniagaan Gagal


Di sini saya senaraikan sepuluh faktor yang menjadi punca kegagalan seseorang usahawan baru dalam perniagaan.


1. Tidak mempunyai pengalaman dan kelayakan

Tidak mustahil bagi seseorang usahawan yang tidak mempunyai sebarang pengalaman , atau kelayakan akademik dalam bidang berkaitan berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Namun tidak mustahil juga untuk usahawan yang tiada sebarang pengalaman, atau ilmu mengalami kerugian dalm perniagaan. Terdapat banyak kursus atau seminar yang ditawarkan kepada usahawan untuk mendapatkan ilmu perniagaan, selain dari institut-institut pengajian atau kolej yang menawarkan pendidikan secara formal.



2. Tidak mempunyai skil dalam pengurusan


Kesilapan yang dilakukan ramai usahawan ketika ini ialah, mereka hanya tahu menguruskan belanjawan syarikat untuk mendapatkan stok atau produk. Tetapi tidak mampu untuk menguruskan belanja tersebut supaya syarikat mempunyai simpanan dan wang pusingan modal yang mencukupi.

3. Tidak menggunakan bakat secara maksimum

Sesetengah usahawan adalah pakar dalam bidang masing-masing seperti jurureka dalaman (interior designer) atau jurufoto. Sebagai usahawan yang mempunyai bakat dan kepakaran tertentu, anda harus menggunakan segala bakat tersebut secara maksimum. Ini bertujuan memastikan perniagaan yang anda jalankan mempunyai sentuhan anda sendiri, yang tentunya akan dicari oleh para pelanggan anda. Bakat yang ada tidak harus disia-siakan.

4. Tidak bersedia bekerja lebih masa

Menjalankan perniagaan sendiri bukanlah seperti bekerja di pejabat dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang. Menjalankan perniagaan bermakna anda harus bekerja hampir 24 jam sehari (atau mungkin lebih).

5. Tidak mendapat sokongan keluarga

Kebanyakan perniagaan yang berjaya mendapat sokongan dari keluarga. Dari segi kehidupan seorang Muslim, amat penting anda mendapatkan restu dari ibubapa sebelum memulakan sebarang perniagaan. Maklumkan mereka kenapa dan mengapa anda menjalankan perniagaan.




6. Tidak mempunyai modal permulaan yang mencukupi


Modal permulaan bukanlah bermakna modal yang anda perlu ada, hanya untuk memulakan perniagaan semata-mata. Ia bermakna modal yang anda akan gunakan sekurang-kurangnya, sehingga anda mendapat kembali sepenuhnya modal tersebut. Modal yang paling baik adalah modal yang dapat digunakan untuk menampung perniagaan anda, untuk sekurang-kurangnya setahun dari hari ia mula beroperasi. Namun, ia berbeza-beza mengikut jenis bidang perniagaan anda.


7. Tiada networking

Dalam apa sahaja perniagaan yang diceburi, networking ialah perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Anda cuba bayangkan sekiranya anda langsung tiada atau tidak mahu menjalinkan sebarang hubungan (networking) dengan orang lain. Mungkin ada dikalangan jaringan hubungan anda akan menjadi pelanggan utama anda. Apa yang akan anda kehilangan? Dalam Islam juga mengajak umatnya menjalinkan silaturrahim sesama manusia. Hanya melalui cara ini anda dapat mengembangkan perniagaan dengan baik, dan secara halus tanpa memaksa seseorang mendapatkan produk anda.

8. Tidak berusaha keras

Satu kerugian yang amat sangat sekiranya anda menjalankan perniagaan, tetapi anda tidak sanggup bekerja keras untuk perniagaan tersebut. Sebagai usahawan, anda seharusnya seorang yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi supaya anda mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

9. Tidak sanggup berhadapan krisis

Banyak dugaan yang perlu dihadapi oleh usahawan ketika menjalankan perniagaan. Dugaan ketika berhadapan dengan pesaing, ketika mengalami kejatuhan keuntungan dan pelbagai lagi yang mungkin anda hadapi. Anda perlu bijak menangani sebarang krisis yang timbul dalam menjalankan perniagaan.


10. Terlalu fokus pada produk

Ramai usahawan sebegini. Terlalu memfokuskan pada penghasilan dan jualan produk dan meminggirkan perkara penting yang perlu difokuskan.

Sumber:
http://www.majalahniaga.com/10-faktor-perniagaan-gagal.html

4 CABARAN KEUSAHAWANAN PENGHALANG KEJAYAAN ANDA

Cabaran 1: Mendapat Tentangan Keluarga

Ramai yang hanya mendiam diri apabila ada dikalangan ahli keluarga yang memulakan perniagaan. Lebih buruk lagi apabila ada dikalangan ahli keluarga yang memberikan reaksi negatif berkenaan dengan perniagaan yang mahu diceburi.
Kuatkan hati, akal dan minda untuk terus mengatasi masalah ini. Ingatlah bahawa suatu hari nanti mereka pasti akan mula mengubah persepsi mereka setelah melihat kejayaan kita.

Cabaran 2: Tidak Mempunyai Aliran Tunai Konsisten

Punca utama sesuatu perniagaan gulung tikar dalam tempoh kurang tiga tahun adalah tidak mempunyai aliran tunai yang konsisten dan pengurusan kewangan yang mantap.
Jalan penyelesaian untuk masalah ini, usahawan amat digalakkan mempelajari bagaimana mengurus kewangan dengan lebih sistematik dan berkesan. Terdapat banyak agensi kerajaan yang menganjurkan bengkel dan seminar pengurusan kewangan yang boleh dirujuk.

Cabaran 3: Masa Antara Keluarga & Bisnes

Kejayaan bererti pengorbanan dan sekiranya seseorang usahawan tidak sanggup berkorban masa dan tenaga untuk perniagaan, kejayaan tidak akan berani menghampiri anda.
Memang benar keluarga itu adalah yang pertama, tetapi anda harus menerangkan kepada mereka situasi anda sekarang ini supaya mereka faham dan tidak banyak mengambil masa anda agar anda boleh kekal fokus menguruskan perniagaan anda.

Cabaran 4: Kurangnya Ilmu & Strategi Bisnes

Ilmu bukan sahaja dituntut semata-mata untuk anda menjawab soalan peperiksaaan sahaja. Ilmu perlu dicari supaya anda cukup bersedia menghadapi apa sahaja ‘persoalan’ yang muncul dalam perniagaan anda.
Sentiasalah belajar dari semasa ke semasa berkenaan dengan ilmu-ilmu perniagaan yang baru agar perniagaan anda boleh kekal konsisten dan lebih berjaya pada masa depan.
Usahawan yang berjaya mendaki gunung kejayaan adalah mereka yang bertekad mahu mencapai kejayaan. Manakala usahawan yang hanya menunggu dan lihat serta memilih jalan selesa akan sentiasa berada ditakuk lama dan menjauhi kejayaan.
Dengan menguasai 4 cabaran di atas, anda pasti akan berjaya dalam apa jua perniagaan yang anda ceburi. Ingatlah bahawa andalah penentu kepada masa depan perniagaan anda dan cuma anda sahajalah yang mampu mengubah hidup anda.

Sumber:

http://www.majalahniaga.com/4-cabaran-keusahawanan-terhebat-penghalang-kejayaan-anda.html

Wednesday, 6 November 2013

7 Kunci Kejayaan Orang Yang Berjaya



Orang sukses adalah orang yang terus mencuba, meskipun telah mengalami banyak kegagalan. Ia memandang kehidupan sebagai peluang untuk mencapai kejayaan. Bagaimana dan mengapa mereka boleh menjadi teratas di bidang masing-masing, dari sukan, pendidikan, hingga ke perniagaan. Apa sebenarnya yang mereka ketahui dan lakukan untuk menjadi orang berjaya?
 
Berikut ada tujuh perkara yang dilakukan mereka dalam meraih kejayaan:
 
1. Orang berjaya berani mengambil risiko
Mereka berupaya untuk mencapai target, melakukan kajian, membuat networking dengan ramai orang, dan ghairah mencuba sesuatu yang baru seiring perkembangan zaman. David C. McClelland, seorang guru besar yang mendalami perjalanan orang-orang yang berjaya serta telah melakukan perjalanan ke banyak negara dan melatih usahawan kecil, menyatakan cara menjadi usahawan kecil yang berjaya adalah dengan menjadi pengambil risiko ; yang mahu terus mengambil risiko untuk meraih kejayaan..Namun begitu berani mengambil risiko mestilah dengan persediaan yang lengkap bukan main terjah sahaja.
 
2. Orang yang berjaya percaya kepada diri sendiri dan merasakan bahwa mereka berbuat sesuatu untuk dunia. Mereka memandang sebuah dunia yang besar dan ingin memainkan peranan penting di dalamnya. Mereka tetap bekerja sesuai keterampilan mereka, sambil tetap menyedari bahawa keterampilan memberi nilai kepada keterampilan lainnya. Mereka juga sedar, kerja mereka adalah terbaik akan menghasilkan keuntungan bagi mereka.
 
3. Orang yang berjaya menikmati apa yang sedang mereka lakukan.
Mereka mampu melihat pekerjaan yang mereka lakukan sebagai sesuatu yang menyenangkan hati ; jika mereka bekerja di mana mereka dapat nampak unggul dan menjadi pekerja terbaik. Orang yang berjaya menyukai persaingan; mereka menikmati pencapaian di puncak permainan mereka.
 
4. Orang yang berjaya adalah pelajar seumur hidup
Mereka menyedari, pendidikan tidak pernah berakhir tapi dimulai di setiap tingkatan kehidupan dan terus berlanjutan hingga akhir kehidupan. Pendidikan tidak terbatas di ruang kelas; ertinya sentiasa mencuba idea yang baru, membaca buku, surat khabar, majalah, dan menggunakan Internet merupakan bentuk pendidikan.
 
5. Orang yang berjaya berpandangan positif terhadap apa yang mereka lakukan, dan ini meluas pada hal-hal lain. Mereka percaya gelas itu setengah penuh dan bukan setengah kosong. Mereka menanamkan semangat pada diri sendiri dan dapat membayangkan diri bagaimana mereka berhasil menyelesaikan suatu tugas sukar atau mencapai penghargaan tertinggi. Orang yang berjaya bagaikan pelatih bagi orang lain, dengan memberi pesanan-pesanan positif dalam kehidupan sehari-hari. Mereka gembira melihat orang lain membuat tonggak sejarah dalam kehidupan mereka.
 
6. Orang yang berjaya mempunyai banyak cara untuk memotivasi diri sendiri.
Ada yang dengan cara melakukan beberapa cara setiap hari pada bidang berbeza. Seorang pemuda  memotivasikan dirinya sendiri dengan mencuba mendapatkan lebih banyak wang daripada kakaknya. Seorang wanita berusia 29 tahun menjadi doktor terkemuka  untuk menunjukkan kepada bekas gurunya bahawa dia memiliki keterampilan dan kecerdasan layak untuk mencapai profesion itu.
 
7. Orang yang berjaya menyelesaikan tugas bukan separuh jalan, dan mereka menggunakan cara kreatif dalam meraih kejayaan. Meskipun mungkin memerlukan waktu lebih lama, mereka akhirnya mencapai garis penamat. Mereka manfaatkan masa dengan baik dalam mensinergikan kemampuan fizikal dan mental untuk mencapai kejayaan. Siapa tahu kita pun mampu mengikuti jejak mereka.
 
7 Kunci Kejayaan ini merupakan salah satu rumusan untuk ebook Mentor Jutawan . Niat saya hanya untuk berkongsi kepada pembaca isu hangat supaya dapat memberikan motivasi kepada kita supaya selalu menjadi orang yang TIDAK penakut, pemalas, pesimis dan takut kegagalan..
 
Sumber:

Saturday, 21 September 2013

Air Asia



 Tan Sri Dato Tony Fernandes
 
Latar Belakang

            Tan Sri Dato Anthony Francis Fernandez atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Dato Tony Fernandez dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 30 April 1964. Kini, beliau berumur 49 tahun. Bapa beliau bernama  Dr. Stephen Edward Fernandes dan ibu beliau bernama Ena Dorothy Fernandez. Beliau berbangsa Goa campuran Portugis Melaka. Dalam usia yang muda, beliau sering mengikuti ibunya ke perhimpunan penebar dan konvensi Tupperware. Ketika beliau berumur 13 tahun (tahun 1977), beliau telah melanjutkan pelajaran di Epsom College hingga tahun 1983. Pada tahun 1987 pula, beliau telah lulus dari London School of Economics.

Permulaan Hidup

            Selepas beliau menamatkn pengajiannya di London School of Economics, beliau mula bekerja sebagai juruaudit di sebuah Syarikat Virgin Atlantic. Kemudian, beliau dinaikkan pangkat sebagai pengawal kewangan bagi Rekod Virgin, iaitu yang dimiliki oleh Syarikat Richard Branson di London pada tahun 1987 hingga 1989. Pada tahun 1991, Tan Sri Dato Tony Fernandes telah diterima sebagai Ahli Bersekutu Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) dan menjadi Ahli Fellow pada tahun 1996.

            Pada umur 27 tahun, beliau telah kembali ke tanah air (Malaysia) dan dilantik sebagai pengarah urusan termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. Oleh disebabkan prestasinya cemerlang, beliau telah dilantik sebagai naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music sekitar tahun 1992 hingga 2001. Setelah Time Warner Inc. bekerjasama dengan America Online, beliau meletak jawatan untuk melibatkan diri dalam industri penerbangan. Keinginan beliau untuk meletakkan jawatan bukan secara mengejut kerana beliau ingin mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Walau bagaimanapun, permohonan lesen untuk membuka cawangan kapal terbang ditolak oleh kerajaan Malaysia.

            Tan Sri Dato Tony Fernandes tidak pernah berputus asa tetapi sebaliknya beliau menemui Datuk Pahamin Ab. Rajab untuk meminta bantuannya bagi mendapatkan lesen penerbangan. Datuk Pahamin Ab. Rajab merupakan Ketua Setiausaha di Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Dalam Negeri. Setelah bertemu, Datuk Pahamin mengatur satu temu janji antara beliau dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu masih menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dalam pertemuan tersebut, Tan Sri Dato Tony Fernandes memberitahu perancangannya untuk memohon lesen  membuka syarikat penerbangan. Namun, Tun Dr. Mahathir Mohamad  memaklumkan bahawa lesen syarikat penerbangan tidak lagi dikeluarkan dan beliau hendaklah mengambil alih mana-mana syarikat penerbangan yang sedia ada.
           Dalam pertemuan itu juga, Tan Sri Tony Fernandes membentangkan pelan pemasaran dan wawasannya sehinggakan beliau telah membuka hati Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memberi kepercayaannya untuk mengambil alih syarikat penerbangan Air Asia Sdn. Bhd. daripada DRB-Hicom Bhd. menerusi Tune Air Sdn. Bhd. Syarikat penerbangan Air Asia pada masa tersebut memiliki hutang tertunggak sebanyak RM40 juta, 2 buah pesawat Boeing 737 yang usang, dan 254 kakitangan. Oleh sebab itu, beliau telah membeli syarikat tersebut dengan harga RM1 sahaja walaupun beliau tahu kejadian 11 September 2001 membuatkan orang ramai takut guna kapal terbang. Selepas kejadian 11 September 2001, pengurangan harga kos penerbangan dan penawaran harga yang menarik telah menarik perhatian ramai penduduk Malaysia untuk mencuba penerbangan Air Asia. Oleh kerana syarikat penerbangan Air Asia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah, maka perkhidmatan mereka telah menjadi hebahan dan kegilaan penduduk Malaysia. Dalam masa yang sama juga, lambakan 40% pekerja berpengalaman dalam industri ini telah menyebabkan ramai orang memilih pesawat beliau.

            Sebenarnya, setelah Tan Sri Dato Tony Fernandes mengambil alih syarikat Air Asia, beliau telah terikat dengan hutang yang ditanggung oleh syarikat Air Asia. Beliau perlu melunaskan hutang sebanyak RM40 juta dalam tempoh enam bulan dan modal yang dimiliki oleh beliau tidak mencukupi untuk menanggung jumlah hutang tersebut. Walau bagaimanapun, beliau telah menggunakan penyelamat beliau, iaitu kontrak Air Asia dengan Tabung Haji yang diwarisi daripada DRB-Hicom, yang mana ia telah menjana keuntungan kepada Air Asia. Berkat daripada kontrak penerbangan jemaah haji yang berbaki dua tahun, akhirnya kontrak ini telah menyelamatkan beliau dan syarikat Air Asia tersebut.

            Segala usaha keras beliau telah membuahkan hasil yang sangat lumayan. Dulu, beliau bermula dengan hanya dua buah kapal terbang Boeing 737 yang usang. Menurut ‘Dah Ikhwan Weblog’, kini, Tan Sri Dato Tony Fernandes memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Menurut artikel dari Biznet, ‘dalam tempoh enam tahun sejak penubuhannya, kakitangan AirAsia kini meningkat daripada 200 orang kepada 5,000 orang dengan pesawat meningkat kepada 65 buah berbanding dua buah pesawat pada permulaan dan jumlah penumpang daripada 200,000 setahun kepada 18 juta setahun.’ Beliau telah menjadikan Lapangan Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah pertama di rantau Asean. Selain itu, beliau juga telah menjadikan Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru sebagai hub kedua Air Asia yang mana kedudukannya berdekatan dengan Singapura dan laner penerbangan ke Thailand.        

            Secara kesimpulannya, syarikat Air Asia telah menggunakan cogan kata “Now, everyone can fly’ bagi memasarkan jenama Air Asia ke peringkat antarabangsa.                                          
 
 
 
Sumber :      Wikipedia : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tony_Fernandes
                     Scribd       : http://id.scribd.com/doc/48274598/Tony-Fernandes
 
                     
 
 
                                         
                                                     

 

Industri Fesyen" Jenama Zara"


Amancio Ortega Gaona
 
            Amancio Ortega Gaona dilahirkan pada 28 Mac 1936 di Busdongo de Arbás, León, Spain. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradiknya. Beliau mempunyai seorang isteri yang bernama Rosalia Mera dan mereka telah dianugerahkan dua orang anak yang bernama Sandra Ortega Mera dan Marcos Ortega Mera. Walau bagaimanapun, kehidupan rumah tangga beliau tidak bertahan lama kerana beliau telah bercerai dengan isterinya. Pada tahun 2001, beliau berkahwin dengan Flora Pérez Marcote dan mereka telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan yang bernama Marta Ortega Pérez. Kini, beliau tinggal bersama isteri keduanya di sebuah apartmen di Galicia, Spain.

Ketika beliau berumur 14 tahun, beliau berpindah ke bandar A Coruna kerana bapa beliau bekerja sebagai pekerja landasan keretapi. Semasa beliau masih remaja, beliau mendapat pekerjaan sebagai budak suruhan di kedai pakaian yang dikenali sebagai Gala. Kedai Gala terletak di sekitar bandar A Coruña. Pada tahun 1972, beliau telah menubuhkan syarikat Confecciones Goa, yang mana beliau telah menghasilkan banyak jubah mandi menggunakan ribuan tenaga wanita dari pelbagai koperasi menjahit.  Pada tahun 1975, beliau telah buka butik beliau yang pertama yang diberi nama ‘Zara’. Kerjaya beliau semakin berkembang dan beliau telah membuka banyak butik Zara sekitar tahun 80-an melalui Galicia.

         Hari ini, Zara adalah sebahagian daripada kumpulan Inditex (Industrias de Diseño Textil Sociedad Anonima), yang mana Ortega memiliki 59.29%, dan selain daripada lebih 6,000 kedai-kedai termasuk jenama Zara, Massimo Dutti, Oysho, Zara Home, Kelas Kiddy ini, Tempe, Stradivarius , lebih daripada 92,000 pekerja Tarik dan Bear, Bershka dan mempunyai.

           Ortega menyimpan profil yang sangat rendah dan, sehingga 1999, tiada gambar Ortega yang pernah diterbitkan. Beliau pergi ke kedai kopi yang sama setiap hari dan makan tengah hari dengan pekerja di kafeteria syarikat. Beliau enggan memakai tali leher dan biasanya memakai pakaian seragam mudah blazer biru, kemeja putih dan seluar kelabu, tiada yang merupakan produk Zara. Beliau juga berkata, untuk mengambil bahagian yang sangat aktif dalam proses pengeluaran dan reka bentuk. dalam syarikat itu.

          Apabila dia membuat penampilan awam pada tahun 2000 sebagai sebahagian daripada memanaskan badan sebelum tawaran awam permulaan syarikat itu di pasaran saham pada tahun 2001, ia menjadi tajuk utama dalam akhbar kewangan Sepanyol. Walau bagaimanapun, dia hanya diberi temuduga untuk tiga wartawan yang pernah dan kerahsiaan itu telah membawa kepada penerbitan buku, seperti Amancio Ortega: de Cero a Zara (Dari Sifar untuk Zara).

          Pada tahun 2011, Ortega mengumumkan persaraan berlaku dari Inditex, syarikat induk rantai Zara, menyatakan bahawa beliau akan meminta Inditex Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pablo Isla untuk mengambil tempat beliau menerajui empayar tekstil.


sumber:   Wikipedia :  http://en.wikipedia.org/wiki/Amancio_Ortega_Gaona
               Forbes        : http://www.forbes.com/profile/amancio-ortega/