Saturday, 21 September 2013

Air Asia



 Tan Sri Dato Tony Fernandes
 
Latar Belakang

            Tan Sri Dato Anthony Francis Fernandez atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Dato Tony Fernandez dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 30 April 1964. Kini, beliau berumur 49 tahun. Bapa beliau bernama  Dr. Stephen Edward Fernandes dan ibu beliau bernama Ena Dorothy Fernandez. Beliau berbangsa Goa campuran Portugis Melaka. Dalam usia yang muda, beliau sering mengikuti ibunya ke perhimpunan penebar dan konvensi Tupperware. Ketika beliau berumur 13 tahun (tahun 1977), beliau telah melanjutkan pelajaran di Epsom College hingga tahun 1983. Pada tahun 1987 pula, beliau telah lulus dari London School of Economics.

Permulaan Hidup

            Selepas beliau menamatkn pengajiannya di London School of Economics, beliau mula bekerja sebagai juruaudit di sebuah Syarikat Virgin Atlantic. Kemudian, beliau dinaikkan pangkat sebagai pengawal kewangan bagi Rekod Virgin, iaitu yang dimiliki oleh Syarikat Richard Branson di London pada tahun 1987 hingga 1989. Pada tahun 1991, Tan Sri Dato Tony Fernandes telah diterima sebagai Ahli Bersekutu Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) dan menjadi Ahli Fellow pada tahun 1996.

            Pada umur 27 tahun, beliau telah kembali ke tanah air (Malaysia) dan dilantik sebagai pengarah urusan termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. Oleh disebabkan prestasinya cemerlang, beliau telah dilantik sebagai naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music sekitar tahun 1992 hingga 2001. Setelah Time Warner Inc. bekerjasama dengan America Online, beliau meletak jawatan untuk melibatkan diri dalam industri penerbangan. Keinginan beliau untuk meletakkan jawatan bukan secara mengejut kerana beliau ingin mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Walau bagaimanapun, permohonan lesen untuk membuka cawangan kapal terbang ditolak oleh kerajaan Malaysia.

            Tan Sri Dato Tony Fernandes tidak pernah berputus asa tetapi sebaliknya beliau menemui Datuk Pahamin Ab. Rajab untuk meminta bantuannya bagi mendapatkan lesen penerbangan. Datuk Pahamin Ab. Rajab merupakan Ketua Setiausaha di Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Dalam Negeri. Setelah bertemu, Datuk Pahamin mengatur satu temu janji antara beliau dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu masih menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dalam pertemuan tersebut, Tan Sri Dato Tony Fernandes memberitahu perancangannya untuk memohon lesen  membuka syarikat penerbangan. Namun, Tun Dr. Mahathir Mohamad  memaklumkan bahawa lesen syarikat penerbangan tidak lagi dikeluarkan dan beliau hendaklah mengambil alih mana-mana syarikat penerbangan yang sedia ada.
           Dalam pertemuan itu juga, Tan Sri Tony Fernandes membentangkan pelan pemasaran dan wawasannya sehinggakan beliau telah membuka hati Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memberi kepercayaannya untuk mengambil alih syarikat penerbangan Air Asia Sdn. Bhd. daripada DRB-Hicom Bhd. menerusi Tune Air Sdn. Bhd. Syarikat penerbangan Air Asia pada masa tersebut memiliki hutang tertunggak sebanyak RM40 juta, 2 buah pesawat Boeing 737 yang usang, dan 254 kakitangan. Oleh sebab itu, beliau telah membeli syarikat tersebut dengan harga RM1 sahaja walaupun beliau tahu kejadian 11 September 2001 membuatkan orang ramai takut guna kapal terbang. Selepas kejadian 11 September 2001, pengurangan harga kos penerbangan dan penawaran harga yang menarik telah menarik perhatian ramai penduduk Malaysia untuk mencuba penerbangan Air Asia. Oleh kerana syarikat penerbangan Air Asia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah, maka perkhidmatan mereka telah menjadi hebahan dan kegilaan penduduk Malaysia. Dalam masa yang sama juga, lambakan 40% pekerja berpengalaman dalam industri ini telah menyebabkan ramai orang memilih pesawat beliau.

            Sebenarnya, setelah Tan Sri Dato Tony Fernandes mengambil alih syarikat Air Asia, beliau telah terikat dengan hutang yang ditanggung oleh syarikat Air Asia. Beliau perlu melunaskan hutang sebanyak RM40 juta dalam tempoh enam bulan dan modal yang dimiliki oleh beliau tidak mencukupi untuk menanggung jumlah hutang tersebut. Walau bagaimanapun, beliau telah menggunakan penyelamat beliau, iaitu kontrak Air Asia dengan Tabung Haji yang diwarisi daripada DRB-Hicom, yang mana ia telah menjana keuntungan kepada Air Asia. Berkat daripada kontrak penerbangan jemaah haji yang berbaki dua tahun, akhirnya kontrak ini telah menyelamatkan beliau dan syarikat Air Asia tersebut.

            Segala usaha keras beliau telah membuahkan hasil yang sangat lumayan. Dulu, beliau bermula dengan hanya dua buah kapal terbang Boeing 737 yang usang. Menurut ‘Dah Ikhwan Weblog’, kini, Tan Sri Dato Tony Fernandes memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Menurut artikel dari Biznet, ‘dalam tempoh enam tahun sejak penubuhannya, kakitangan AirAsia kini meningkat daripada 200 orang kepada 5,000 orang dengan pesawat meningkat kepada 65 buah berbanding dua buah pesawat pada permulaan dan jumlah penumpang daripada 200,000 setahun kepada 18 juta setahun.’ Beliau telah menjadikan Lapangan Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah pertama di rantau Asean. Selain itu, beliau juga telah menjadikan Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru sebagai hub kedua Air Asia yang mana kedudukannya berdekatan dengan Singapura dan laner penerbangan ke Thailand.        

            Secara kesimpulannya, syarikat Air Asia telah menggunakan cogan kata “Now, everyone can fly’ bagi memasarkan jenama Air Asia ke peringkat antarabangsa.                                          
 
 
 
Sumber :      Wikipedia : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tony_Fernandes
                     Scribd       : http://id.scribd.com/doc/48274598/Tony-Fernandes
 
                     
 
 
                                         
                                                     

 

No comments:

Post a Comment